Saturday, February 23, 2008

Tips: Jangan hanya bergantung pada 1 punca pendapatan sahaja!

Anda pernah buat kesilapan ini?

Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?

Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar.. Tetapi janganrisau, kerana hampir 95% orang lain juga membuat perkarayang sama... termasuk saya! :-)

Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan...secara PERCUMA. Huh? Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca buku bestseller, Robert T. Kiyosaki "Rich Dad Poor Dad".

Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang broker kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau, Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya.

Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Ya, beliau sudah punmenjadi jutawan tetapi tetap mahu berhutang! Macam mana tu...Ok, biar saya terangkan.

Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari satu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa bulanan kereta Porsche tersebut. Secara logiknya, bukankah beliau membeli kereta ini secara percuma?

Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkan satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkan duit kocek anda sendiri.

Ingat duit yang masuk ke kocek anda ialah aset, dan duit yang keluar dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya.Bukannya gaji anda kecik, anda sudah 10 tahun tak promote, boss anda kedekut isteri anda habiskan duit anda atau apa juga alasannya. Sebenarnya punca mengapa seseorang tidak hidup senang ialah mereka menggunakan duit gaji setiap bulan untukmembayar kereta, minyak kereta, rumah, bil astro, susu anak..semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan akaun bank anda semakin berkurangan. :-(

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah, anda mempunyai cabang duit lain yang boleh membantu.

Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah internet, MLM (Make Lots of Money), gayapos, ejen insuran,ejen unit amanah, pasar malam dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa anda dan impian hidup anda.

Konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar seorang jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba fahamkan.

Orait, jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain!

Thursday, February 21, 2008

Hamster yang "COMEL".

Pada suatu petang , membe aku ajak kluar .. tak banyak tanya aku ikot je , ngah boring la katakan. Masa ondaway tu aku tanya la dia nak bawak aku gi mane .. dengan selambe dia jawab "pegi tengok Hamster" . Terkejut jugak aku , setahu aku mamat ni geli ngan tikus... nampak lipas pon riuh rendah rumah dia kejar. Teringat aku kisah "lipas terbang " masa pindah masuk rumah baru hrtu..

" ko buang tebiat ke? sejak bila plak ko suka benda2 camni ha? ", aku tanya dengan nada bingung.

"itu la ko tak tau.. aku suka hamster ni sebab dia comel , pastu suka lari setempat..".

"Dah tu ape kena mengena degan ko? ko nak bela hamster?"..

"ala.. ko ikot je la lep, nnt ko faham la.. ", dia jawab dengan selambe lg..

Aku pon diam je la.. takmo soal byk.. Selang beberapa minit kitorang pon sampai kat restoren Pelita Nasi Kandar KLCC.

"Dah sampai.. jom aku blanja ko teh ais".. katanya..

"Aik!! tadi kata nakgi tengok hamster..??"

"Yela.. dah sampai dah ni.. kat sini banyak hamster..."

"Hamster kepala hotak ko.. sini bukan hamster.. tikus mondok besar bola ragbi ada la..."

"Haha.. rilek la bro.. dah.. jom kita minum dulu..."

Kitorang pon lepak la.. memang ramai gile orang kat situ.. macam2 stail ada.. hiphop la.. rock la.. punk la.. gadis2 seksi pon ramai.. aku ni simple la.. dengan jersi Chelsea kebanggaan.. hehe. Bole la lepak sini jap.. tengok orang....

Ngah syok dok khayal.. tiba2 membe aku ni tegur..

"Alep.. cube ko tengok mamat tu.." sambil menjeling ke kiri...

"Ha.. nape dengan dia.."

"Ko tengok btol2... smart gile kan die pakai... memang keje high class la ni.. dengan rambut cacak die.. kasut hitam berkilat leh wat cermin...."

"Haha... memang la.. keja bagus mesti la pakai camni.. baru 'market'. jupgi dia blah ko tengok, mesti bawak BMW... takpon mercedes...".. sampuk aku..

Dalam 10 minit, mamat tu pon bangun.. kitorang usha je dia..

"Loorr.. biar btol mamat ni.. macam tak caya je.. pakai mcm tu.. bawak kancil je.."..aku tepuk dahi...

"Haha.. tu wayang je lep... Ko tau tak.. kebanyakan yang lepak sini sume keje bagus2. Gaji tak kurang dari 3000 sebulan.. tapi takda saving..."

"Ko biar btol... gaji 3-4000 dah bole pakai BMW... takpon Civic baru tu... sebulan nak simpan 500 selambe je.."

"Ko bole cakap mcm tu la.. sbb ko tak rasa lagi... Kat KL ni kos sara hidup tinggi.. kata la gaji ko 3000. Hujung bulan aku gerenti mesti habis... kat mana? kereta, rumah, bayar credit card, petrol, tol, macam2 bil lagi la... Hujung bulan kompem habis... lepas tu keje lagi sebulan.. dapat balik 3000.. bayar sume hutang tadi.. habis balik.. macam mane nak saving? 30 tahun keje 30 tahun macam tu.. gaji naik setahun berape la sangat.. harga barang sume makin naik.."

"Btol jugak tu.. macam berlari setempat je la....."

"Ha.. tau pon ko... binatang yang berlari setempat ape?"

"Hamster la... comel pulak tu... hahaha.." gelak besar kitorang...

Dalam gelak tu.. aku tersentak sebenarnye.. Aku belajar.. 5-6 tahun.. dapat degree.. pastu keje makan gaji... jadi macam hamster jugak.. terpaksa aku akui yang aku memang boros.. nakkan kepuasan bila berbelanja.. tapi aku dah rasa sume tu.. belanja dengan duit titik peluh sendiri.. 2 tahun aku keja.. gaji dalam 2000 sebulan.. dapat beli handphone sebiji je... lebihnya tak tau kemana...duit tak penah bagi kat mak.. minta lagi ada la... ape la akan jadi kalo aku dah berumah tangga.. macam mana aku nak tunaikan tanggung jawab pada mak, keluarga aku dan pada diri aku sendiri.. tak mungkin aku sanggup korbankan impian2 aku.. Aku mesti lakukan sesuatu....

Tak boleh tido aku malam tu... hm...

Macam tu la al-kisahnya "hamster yang COMEL"...sama2 la kita fikir...

P/s: Yang baik tu datang dari Allah S.W.T, yang buruk tu juga datang dari Dia tapi atas kelemahan diri aku sendiri.. Salam....


HAAA.. NI HAMSTER BETOL.. SIAP JATUH LAGI.. HAHAHA.. AKU PON NAK BELA HAMSTER JUGAK LA NANTI...

MENJELANG PILIHANRAYA

POLITIK WANG DAH BIASA SANGAT LA TAPI YANG NIE....???

MARI KITA HAYATI CERITA NI... HEHE

Tiga kali je...

Pada satu malam, ada pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

KEH3....

*cerita, watak, dan pangkat di atas adalah rekaan semata-mata. takda kena mengena dengan yang hidup atau mati atau yang menang atau yg kalah.. hehehe.

Tuesday, February 19, 2008

Dreaming, What do You Want?

I spent an hour and asked myself the following questions,

  • What will it take to be successful in the Workplace?
  • What is my “dream job”?
  • What is my “dream” daily routine?

What will it take to be successful in the Workplace?

I’ve found in my own experience that to be successful in the workplace you need to have all of the following constantly in motion:

  1. Education - Always be learning something new.
  2. Dedication - In any workplace it is giving it your best, quality is king.
  3. Networking - Meeting and connecting with other people in your area of expertise.

I know that with a healthy balance of all three you can become a success in the workplace and achieve any goal no matter how great. All three feed off of one another and really help you become a well rounded individual.

For me my workplace is the internet, and everything I do will revolve around moving myself in the right direction each and every day.

What is my “dream job?”

This is really important to know, because I have to know what I am busting my ass for. If you have ever watched “The Secret” you will know to imagine and create your own realities. I know what I want in the end, freedom of time and money, but within that comes leveraging my passions to make money. I started on this within the post linked just above this line, and I figure I need to get more specific. My dream job is this,

“To be working for myself and no one else, all earned (not passive) income comes off the internet one way or another. I sleep in every morning until atleast 9 AM, and all “priority” tasks are completed by noon during the week. Lastly, I don’t have to do anything internet work related on the weekends.”

What is my “dream” daily routine?

Monday - Friday: Wake up at 9 AM, and write my ass off content wise for my blogs until noon. The afternoon can be spent relaxing, running errands, doing tasks around the house, or simply working on my hobbies (websites, reading, working out, etc.). Evenings are spent with friends, family, educating myself, networking, writing, or whatever.

Friday night - Sunday: no work priorities or obligations, period. Hanging out with friends and family, going out, sleeping in Saturday and Sunday, etc. The weekends in my dream routine are really just like a regular week day except I am not pushing myself to meet goals, deadlines, etc.

Putting it Into Action

This braintstorming excercise for me was fantastic because:

  1. I now know visually what I want
  2. I now know what I will need to get there
  3. I now know how I want to be getting there, and more importantly staying there.

With that said I just need to put this into action as best as I possibly can. I will tweak my routine for effectiveness as often as humanly possible to become more efficient, and see what happens over the next month or so. Obviously I have other committments like my part time job, but doesn’t mean I can’t work around it until I don’t have to work it at all. Let’s see what happens.

THE SECRET IS....


Monday, February 18, 2008

Program UNSTOPPABLE!!

ADA BEBERAPA STEP DALAM PROGRAM INI

Pertama. Anda akan diperkenalkan cara-cara untuk 'menyemai' biji benih anda dengan cara yang selamat. Di sini secara part time pun potensi pendapatan anda adalah di antara RM5000 ke RM25,000 sebulan. Bergantung pada anda sendiri. Bab modal bukan satu isu.. kami ada jalan untuk dapatkan anda modal jika perlu..kerana program kami boleh anda lakukan tanpa modal! Apa dia? Tanpa modal?? Sukar nak percaya?..ok cuba kita tengok seorang salesman yang membawa katalog berjumpa seseorang kemudian menerima pembayaran dan mendapat komisyen! Apakah modal yang dia guna? So di sini bukanlah anda kena jadi salesman, tapi akan diperkenalkan berberapa cara untuk dapat extra income..tambahan pula zaman sekarang ni ada teknologi internet yang membolehkan anda jadi reseller secara percuma dan terus boleh buat duit daripadanya tanpa perlu keluar dari rumah.


Step ke2 apabila anda telah ada extra income..maka anda akan diberi bimbingan bagaimana nak 'amplify' atau menguatkan lagi income anda sehingga mencecah RM50,000 sebulan.



Step ke3 pula..anda akan dibimbing lagi untuk 'protect' income anda supaya berterusan sampai akhir hayat malah boleh pulak diwarisi anak-anak serta generasi kita akan datang!!



Step ke4 pula anda akan diperkenalkan kepada konsep-konsep "Super Rich'..idea-idea ini akan membantu anda untuk berjaya lebih jauh lagi..mana tau anda merupakan bakal BILLIONAIRE yang sedang menetas!!



Anda akan diberi bimbingan serta konsultan sepanjang bersama kami...satu pelaburan yang tak sia-sia..



Kalau bercakap serta berfikir cara yang sama, mana mungkin dapat rasa kekayaan.. kerana idea kita masih miskin, ilmu kita masih miskin, pendirian kita masih miskin, percakapan kita terlalu miskin, kebijaksanaan kita terlalu miskin!! Mahukah anda 'transformed' kemiskinan anda menjadi KEKAYAAN yang boleh digunakan sampai bila-bila? Join team kami sekarang!


TEAM MEMBERS